Ujian Ketahanan Xiaomi Mi 6 Menunjukkan Peningkatan Dari Mi 5

Xiaomi Mi 6 merupakan telefon pintar terbaru dari Xiaomi dan merupakan telefon pintar flagship mereka untuk tahun 2017.

Seperti kebiasaannya, JerryRigEverything di saluran Youtube akan menguji ketahanan telefon pintar yang sudah berada di pasaran untuk menguji kualiti pembinaan sesuatu telefon pintar.

Ujian terdiri daripada ujian calar, ujian paparan dari haba secara langsung, dan paling terkenal, 'bend test'.

Youtuber itu mengambil faktor dengan membandingkan flagship Xiaomi yang terdahulu iaitu Mi 5.

Mi 5 pada tahun lalu gagal melalui ujian bend diamana telefon itu patah kepada dua bahagian menandakan rekaannya yang sangat lemah.

Masuk pula Mi 6, telefon pintar ini berjaya menghadapi 2 ujian dengan cemerlang tanpa ada sebarang kesan yang tertinggal.

Untuk ujian bend pula, Xiaomi Mi 6 berjaya menghadapai tekanan dari tangan Youtuber itu dan masih lagi berfungsi baik selepas ujian dilakukan.

JerryRigEverything mendapati Xiaomi Mi 6 lebih berat dan itu menandakan kualiti ketahanan yang lebih baik dengan rekaan yang lebih baik dari 'abangnya'.

Xiaomi Mi 6 disasarkan untuk mereka yang mahukan telefon flagship tanpa memerlukan kos yang tinggi.

https://youtu.be/wEpsQIz3tPI

Sumber