Ujian Kawalan Baru Instagram Terjejas Akibat Pepijat, Terpaksa Dibatalkan Serta Merta

Platform perkongsian gambar dan video popular, Instagram telah mengadakan satu ujian interaksi baharu pada aplikasi mudah alih mereka semalam.

Melalui ujian berkenaan, pengguna dapat melihat ke kiriman seterusnya yang dikirimkan oleh rakan atau akaun yang diikuti dengan tap berbanding menatal ke bawah seperti biasa.

https://youtu.be/hm1ifo_QpJ4

Bagaimanapun, ujian itu terpaksa ditarik balik selepas Instagram mendakwa pepijat telah mengaktifkan fungsi yang sedang diuji secara lebih meluas daripada sepatutnya.

Ia mengakibatkan lebih ramai pengguna menerima fungsi baharu itu. Bagaimanapun, fungsi tap itu ternyata tidak digemari sebahagian besar pengguna yang terlibat.

Mereka mengatakan bahawa ia menyukarkan mereka sekiranya sesebuah akaun yang diikuti mengirimkan banyak gambar sekaligus memerlukan mereka untuk tapĀ dengan lebih banyak untuk beralih ke akaun lain.



Malah, salah seorang pengguna juga telah menuduh Instagram sekadar menjadikan pepijat sebagai alasan untuk mereka menarik balik kemaskini(bukannya ujian) ini kerana ia tidak digemari ramai.

Selain itu, tanda pagar #instagramfail juga dilihat sudah mula popular di Twitter. Pepijat ataupun sekadar alasan, hanya mereka yang terlibat sahaja mengetahui jawapannya.

 

Sumber: @instagram