Cip pemprosesan AMD itu hanya berharga USD750 sahaja berbanding Intel tersebut yang berharga USD2,000.
Keputusan awal prestasi cip pemprosesan terbaru AMD Ryzen 9 3950X yang tertiris di laman Geekbench menunjukkan bahawa ia telah berjaya mengatasi prestasi cip pemprosesan Intel berprestasi tinggi, Intel Core i9-9980XE.
Apa yang menariknya di sini adalah cip dari AMD itu hanya dilengkapi dengan 16 teras. Manakala cip Intel itu pula mempunyai 18 teras. Malah harga cip pemprosesan terbaru AMD Ryzen 9 ini hanya berharga USD750 sahaja. Sebaliknya cip pemprosesan Intel Core i9 itu berharga mencecah USD2000.
Daripada hasil keputusan Geekbench itu dapat dilihat bahawa cip AMD Ryzen 9 3950X telah berjaya mengatasi prestasi cip Intel Core i9-9980XE bagi kedua-dua ujian iaitu Single Core dan juga Multi Core.
Malah menurut laman Tom's Hardware, keputusan Multi Core setinggi 61072 yang dicapai oleh cip AMD itu merupakan yang tertinggi yang pernah dilihat mereka untuk kategori cip pemprosesan pengguna awam di laman Geekbench.
Perbandingan awal yang dibuat ini menggunakan spesifikasi cip AMD Ryzen 9 3950X (Matisse) dengan kuasa pemprosesan 3.3GHz / 4.3gHZ (16 Core, 32 Threads). Manakala cip Intel Core i9-9980XE (Skylake-X) pula kuasa pemprosesannya adalah 3.0GHz / 4.40GHz (18 Cores, 36 Threads).
Cip pemprosesan AMD Ryzen 9 3950X merupakan generasi ke-3 (terbaru) bagi kategori cip pemprosesan komputer meja AMD Ryzen. Ia baru sahaja diperkenalkan oleh AMD dalam pembentangan produk mereka di pameran teknologi E3 2019.
Berdasarkan laman rasmi AMD, cip AMD Ryzen 9 3950X ini memiliki kuasa pemprosesan asas bermula dari 3.5Ghz dan boleh mencapai kuasa maksimum sehingga 4.7GHz dengan 16 teras.
Sumber: Tom's Hardware
Berkaitan
- KKM Menafikan Infografik Palsu Tentang Pengambilan Dos Ke-4 Vaksin COVID-19
- SKMM Menerima Sebanyak 21,296 Aduan Berkaitan Kandungan 3R Di Media Sosial Sejak Ogos Lalu
- Produk Fitbit Tidak Lagi Dijual Di 29 Buah Negara Termasuk Malaysia
- HONOR MagicBook X 15 Secara Rasminya Dilancarkan, Berharga Dari RM2,299.00
- Sambar 3 Game Ini Sekaligus Berharga RM151.99 Secara Percuma Sekarang
- Dell Perkenalkan Model Terbaru Komputer Meja Alienware Aurora R9 Di Gamescom 2019
- iPhone 2019 Akan Diperkenalkan Pada 10 September Ini
- AMD Mengumumkan Cip Pemprosesan Generasi Ke-3 AMD Ryzen 9 Dengan 12 Teras
- Proses Kemas Kini Windows 10X Hanya Memakan Masa Kurang Dari 90 Saat Sahaja
- Singapura Antara 19 Bandar Miliki Sistem Pengangkutan Awam Terbaik Di Dunia