Ujian Beta 9.2.28 MIUI 10 Bawa Fungsi Terbaru "Game Booster"

Semasa Xiaomi mengumumkan Mi 9 tempoh hari, mereka turut memperkenalkan satu fungsi baru menfokuskan permainan mudah alih iaitu "Game Turbo".

Untuk pengguna peranti Xiaomi terdahulu, anda juga boleh menikmati fungsi yang hampir sama tidak lama lagi. Ini kerana ujian beta global 9.2.28 bagi MIUI 10 hadir dengan fungsi "Game Booster" yang dinaiktaraf.

Kapsyen: MIUI Forum


Antara fungsi baru yang dibawa kali ini ialah ia boleh kawalan kecerahan automatik, menyokong tangkapan skrin menggunakan tiga jari dan mod perlindungan mata dan lain-lain.

Kemaskini ini dijangka akan tersedia pada hari ini dan anda yang berminat boleh memuat-turun MIUI 10 Global Beta 9.2.28 di pautan ini apabila ia tersedia nanti.

 

Sumber: Xda-Developers   MIUI Forum

Berkaitan