Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

UiTM Keluar Kenyataan Rasmi Berkaitan Kebocoran Data Pelajar & Alumni

Posted on Januari 26, 2019

Semalam, kami ada melaporkan mengenai ketirisan data pelajar dan alumni bagi sebuah universiti terbesar tempatan. UiTM sudah disahkan adalah merupakan universiti yang dimaksudkan.

Terbaru, UiTM telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi memberi maklumbalas mengenai kejadian tersebut.

UiTM

Menurut mereka, kejadian tersebut berlaku berpunca daripada manipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab, dan bukanlah hasil godaman seperti yang digembar-gemburkan.

Pihak universiti juga menegaskan bahawa sistem ICT yang digunapakai adalah utuh dan selamat, setanding dengan mana-mana sistem yang digunakan badan dan organisasi setara yang lain di Malaysia.

UiTM akan mengadakan siasatan lanjut mengenai kejadian ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang didapati bertanggungjawab atas kejadian ini.

 

Sumber: UiTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress