Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Uber Tampil Dengan Ciri ‘Compliments’ Untuk Memuji Pemandu Uber

Uber Tampil Dengan Ciri ‘Compliments’ Untuk Memuji Pemandu Uber

Diterbitkan November 22, 2016 · Dikemas kini November 22, 2016 oleh Haikel Areff

Sebelum ini pengguna Uber dapat memberikan ‘Star Rating’ yang menunjukkan betapa bagusnya pemanduan seorang pemandu Uber. Jika lima bintang maka ianya dikira sangat bagus atau ‘Excellent’. Melalui rating yang bagus seperti ini, pemandu Uber akan diberikan ganjaran atau imbuhan daripada Uber. Imbuhan dari Uber ini diberikan kepada pemandu yang mempunyai prestasi yang bagus dan beberapa ciri lain yang menjadi kriteria utama dari Uber seperti kereta yang kemas, pemandu yang mesra, pemanduan yang cermat dan efisien.

compliments_screen-1

Hari ini Uber telah tampil pula dengan sebuah ciri baru yang membenarkan pengguna atau penumpang Uber memberikan komen pujian jika sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Pengguna Uber tidak perlu menaip sebuah karangan untuk memberikan pujian kepada pemandu Uber, mereka hanya perlu memilih antara salah satu pujian yang telah disediakan oleh Uber sendiri. Antara pujian yang disediakan adalah “Neat and Tidy,” “Above and Beyond,” “Cool Car,” “Expert Navigation,” dan lebih 25 pujian lagi ditawarkan bersama pujian 5 bintang.

uber-compliments

Setelah pengguna memberikan pujian selepas perjalanan, pemandu Uber akan menerima notifikasi pujian dan bintang dari pengguna. Ciri ‘compliment’ ini sudah semestinya banyak membantu Uber dalam menghasilkan data yang lebih tepat dan luas. Sebelum ini hanya menggunakan sistem bintang, dengan adanya sistem pujian ini, Uber akan lebih mudah mengenal pasti pemandu mana yang bagus dan pemandu mana yang perlu diperbaiki. Oleh itu, kepada pemandu Uber, anda perlu lebih berdisplin dan berhati-hati dalam menjaga ‘rating’ anda di Uber.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY