Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Uber Sudah Jumpa Pengganti Untuk Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif

Uber Sudah Jumpa Pengganti Untuk Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif

Diterbitkan Ogos 28, 2017 · Dikemas kini September 21, 2017 oleh Helmi Samsuri

Lembaga pengarah Uber sebulat suara memilih Dara Khosrowshahi, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru. Posisi tersebut masih belum diisi sejak Jun yang lalu selepas Travis Kalanick meletak jawatan atas desakan pelabur.

Memetik berita daripada The New York Times, Dara Khosrowshahi dipilih selepas lembaga pengarah mengadakan mesyuarat untuk mempertimbangkan calon sesuai diantara beliau dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Hewlett Packard, Meg Whitman serta Ketua Pegawai Eksekutif General Electric, Jeff Immeit.

Khosrowshahi merupakan CEO Expedia sejak 2005, dilihat merupakan pengganti yang sesuai berdasarkan pencapaiannya dengan syarikat tersebut ditambah pula dengan pengalaman beliau dalam industri pengangkutan.

Difahamkan lagi, beliau belum lagi menerima jawatan itu secara rasmi.

Sumber: The New York Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY