Uber Sedia Masuk Pasaran Penghantaran Makanan





Uber dilihat mengembangkan perkhidmatannya tidak terhad kepada penghantaran penumpang, kini mereka menawarkan servis menghantar makanan. Perkhidmatan yang sudah mula beroperasi di 36 buah bandar di 6 buah negara, dijangka akan ditambah hingga memasuki pasaran 24 buah negara yang lain.



Servis penghantaran makanan yang dikenali sebagai UberEats itu dikhabarkan akan dilancarkan di 12 buah negara Eropah yang melibatkan 16 buah bandaraya termasuklah Manchester(England) dan Madrid (Sepanyol). Benua Asia juga tidak ketinggalan dimana 11 buah negara bakal menikmati perkhidmatan ini. Diantaranya ialah Tokyo dan Hong Kong. Uber mensasarkan Dubai, Bandar Mexico dan dua buah bandar di Afrika Selatan untuk fasa yang seterusnya.



UberEats adalah sebuah perkhidmatan yang bekerjasama dengan restoran tempatan dengan menyediakan servis menghantar makanan dalam masa 30 minit kepada pelanggan yang lapar. Terdapat juga sesetengah bandar yang memperkenalkan "Penghantaran Segera" dimana mereka akan menghantar makanan hanya dalam masa 10 minit sahaja! Pelanggan hanya perlu menggunakan  aplikasi untuk memilih makanan yang mereka mahukan, dan dengan hanya menekan beberapa butang makanan anda akan sampai dihantar oleh Uber Eats.



Perkhidmatan menghantar makanan merupakan perkhidmatan yang semakin popular dengan pasaran yang semakin sengit. Penambahan servis dari Uber ini nampaknya bakal memberi impak kepada syarikat-syarikat kecil yang lain.



Sumber: Digital Trends