Uber dilihat mengembangkan perkhidmatannya tidak terhad kepada penghantaran penumpang, kini mereka menawarkan servis menghantar makanan. Perkhidmatan yang sudah mula beroperasi di 36 buah bandar di 6 buah negara, dijangka akan ditambah hingga memasuki pasaran 24 buah negara yang lain.
Servis penghantaran makanan yang dikenali sebagai UberEats itu dikhabarkan akan dilancarkan di 12 buah negara Eropah yang melibatkan 16 buah bandaraya termasuklah Manchester(England) dan Madrid (Sepanyol). Benua Asia juga tidak ketinggalan dimana 11 buah negara bakal menikmati perkhidmatan ini. Diantaranya ialah Tokyo dan Hong Kong. Uber mensasarkan Dubai, Bandar Mexico dan dua buah bandar di Afrika Selatan untuk fasa yang seterusnya.
UberEats adalah sebuah perkhidmatan yang bekerjasama dengan restoran tempatan dengan menyediakan servis menghantar makanan dalam masa 30 minit kepada pelanggan yang lapar. Terdapat juga sesetengah bandar yang memperkenalkan "Penghantaran Segera" dimana mereka akan menghantar makanan hanya dalam masa 10 minit sahaja! Pelanggan hanya perlu menggunakan aplikasi untuk memilih makanan yang mereka mahukan, dan dengan hanya menekan beberapa butang makanan anda akan sampai dihantar oleh Uber Eats.
Perkhidmatan menghantar makanan merupakan perkhidmatan yang semakin popular dengan pasaran yang semakin sengit. Penambahan servis dari Uber ini nampaknya bakal memberi impak kepada syarikat-syarikat kecil yang lain.
Sumber: Digital Trends
Berkaitan
- 40% Pengguna Jenama Lain Beralih Kepada Siri Xiaomi Mi 10
- Astro Persiapkan Siaran Ultra HD
- Pengecasan Pantas 120W Vivo Mampu Isi Bateri 4000mAh Dalam Masa 13 Minit
- MediaTek Umum Cip Helio A22 Bagi Segmen Bajet
- Sensor Qualcomm 3D Sonic Max Mampu Imbas Dua Jap Jari Serentak
- ASUS Malaysia Mula Tawar ROG Zephyrus S GX701 Dengan Harga RM 13,999
- Vivo Z5 Diperkenalkan Dengan Snapdragon 712, Tiga Kamera Serta Bateri 4500mAh
- OnePlus Bakal Perkenal Penjejak Kesihatan Tidak Lama Lagi
- Senarai Harga Siri AORUS Waterforce Untuk Pasaran Malaysia
- Daftar TIME Fibre Broadband Sebelum 15 Jun Dan Anda Boleh Jimat RM240 Untuk Bil Bulanan