Uber Mula Beroperasi Di 3 Bandar Baru - Batu Pahat, Kuala Terengganu, Dan Sandakan

Uber yang semakin kukuh bertapak di Malaysia kini telah menambah 3 lagi bandar baru ke dalam senarai perkhidmatan mereka.

Pengumuman yang dibuat melalui laman rasmi Facebook Uber Malaysia itu memperlihatkan Batu Pahat, Kuala Terengganu, dan Sandakan sebagai lokasi baharu syarikat berkenaan.

Dengan penambahan dibuat itu, senarai lokasi penawaran Uber telah bertambah kepada 15 lokasi diseluruh negara.

Antara lokasi lain Uber di Malaysia:

  1. Alor Setar

  2. Ipoh

  3. Johor Bahru

  4. Kota Kinabalu

  5. Kuala Lumpur

  6. Kuantan

  7. Kuching

  8. Langkawi

  9. Melaka

  10. Miri

  11. Penang

  12. Seremban


Dengan pengumuman yang dibuat ini, ia dilihat bakal memberi peluang kepada penduduk dibandar yang terlibat mencari pendapatan sampingan dan juga dapat menyelesaikan masalah pengangkutan awam di daerah berkenaan lebih-lebih lagi di musim perayaan yang bakal tiba nanti.

Sumber: Uber Malaysia