Uber Memberi Diskaun Perjalanan KLIA ke KL Serendah RM60

Kepada yang gemar menggunakan khidmat Uber dari KLIA-KL, anda memang bertuha kerana Uber telah memberi diskaun perjalanan dari KLIA-KL dengan hanya serendah RM 60. Sebelum ini, kos tambang Uber untuk perjalanan satu hala memakan kos RM75. Berbanding pesaing utama mereka Grab, yang berharga RM 65 untuk perjalanan yang sama ketika ini. Bermula dari hari ini sehingga 31 Disember 2016, Uber mengenakan caj uberX, Lembah Klang dari/ke KLIA dan KLIA2, dengan kadar rata RM60 sahaja (tidak termasuk tol). Tidak perlu menggunakan sebarang kod promosi kerana sistem uber akan menetapkannya terus secara automatik.

uberX menyediakan ruang penumpang untuk 4 orang. Jika mahu memuatkan sehingga 6 penumpang atau ruang lebih besar, bolehlah mendapatkan uberXL yang mengenakan kadar rata RM110 dari/ke KLIA, tidak termasuk tol. Jika mahu kenderaan yang lebih selesa, UberBLACK menyediakan perkhidmatan yang sama dengan caj RM200.