Uber Melebarkan Sayap Ke Kuantan

Bulan Januari 2017 menandakan genap 3 tahun syarikat Uber memulakan perkhidmatan menghantar penumpang di Malaysia. Kini perkhidmatan Uber dikembangkan pula ke Pantai Timur Malaysia dengan Kuantan sebagai bandar pertama terpilih dari wilayah itu.

Perkhidmatan Uber di bandar Kuantan telah bermula sejak semalam, (25 Januari 2017) dan ia merupakan bandar ke-9 di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan itu selepas, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Melaka, Pulau Pinang, dan juga Seremban.

Untuk peringkat permulaan ini, perkhimatan UberX yang akan ditawarkan di bandar Kuantan. Bagi warga Kuantan yang ingin merasai perkhidmatan ini bolehlah mendaftar aplikasi Uber dan berpeluang menikmati perjalanan percuma bernilai RM5, sah sehingga 28 Februari 2017. Sila layari laman web Uber untuk mengetahui cara-cara mendapatkan perjalanan percuma.

Kapsyen: Tambang UberX. Kredit Gambar Uber


Sumber: Uber