Uber Masih Kehilangan Tunai Sebanyak RM 8 Bilion Setahun

Berita baik untuk Uber dalam suku kedua kewangan adalah pendapatan mereka meningkat dua kali ganda dalam tempoh setahun berjumlah RM 7.4 bilion.

Berita kurang baiknya adalah Uber masih lagi mengalami kerugian dari segi tunai di mana berkurang dari RM 30 bilion ke RM 28 bilion.

Butiran kewangan yang didedahkan kepada Axios mencadangkan Uber patut mengurangkan kerugian mereka atau menaikkan modal untuk beberapa tahun lagi ataupun kedua-duanya sekali.

Uber mengalami tahun 2017 yang bergolak dengan kempen #DeleteUber diikuti skandal ganguan seksual, pengunduran CEO mereka dan pegawai eksekutif yang lain dan juga pergaduhan di dalam lembaga pengarah. Syarikat itu juga telah disaman sebanyak 433 kali untuk tahun ini sahaja.

Uber menghadapi persaingan dari Lyft di Amerika Syarikat dan di Asia, mereka mengalami tekanan dari Didi yang juga mempunyai pegangan di dalam Uber.

Uber menghadapi masalah bagaimana untuk mengurangkan kerugian mereka dan juga dari segi pentadbiran. Jika lama masa yang diambil untuk Uber menyelesaikan kemelut ini, makin banyak kerugian yang harus ditanggung mereka.

Sumber