Uber Malaysia Mulakan Promosi Tambang Rm0.99 Untuk Perjalanan Bawah 4KM

Kenaikan harga petrol baru-baru ini sedikit sebanyak memeningkan pengguna jalanraya. Berita gembira bagi anda yang tinggal atau bekerja disekitar kawasan Lembah Kelang, Uber Malaysia telah menawarkan promosi tambang 99 sen bagi perjalanan di bawah jarak 4KM.

Tawaran yang bermula pada hari ini 13 Februari 2017 akan berlangsung selama 2 minggu sehingga 26 Februari 2017 dan ia hanya sah untuk perkhidmatan UberX sahaja. Pembayaran secara tunai dan kad kredit diterima untuk promosi kali ini tetapi bagi mereka yang membayar secara tunai kadar tambang akan digenapkan kepada RM1 untuk mengelakkan masalah pemulangan baki.

Promosi tambang 99 sen ini hanya ditawarkan dikawasan sekitar Lembah Kelang dan perjalanan yang tidak melebihi 4KM. Perlu diingat penumpang yang menggunakan 'Scheduled Rides' tidak layak menikmati tawaran yang berlangsung.

Tambang 99 sen akan berubah mengikut keadaan lalu lintas dimana harga tambang akan ditukar kepada tambang asal jika jalanraya sesak. Klik sini untuk kadar tambang Uber. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman web Uber Malaysia.

Sumber: Uber Malaysia