Uber Mahu Penumpang Memberi Penilaian Yang Sewajarnya Kepada Pemandu Mereka

Uber sekarang sedang melakukan perubahan dalam sistem penilaian mereka bagi melihat penumpang lebih berhati-hati dalam memberi penilaian terhadap pemandu mereka.

Uber mengumumkan semalam yang mereka sedang mengubah sistem penilaian pemandu agar penilaian yang lebih adil boleh diberikan kepada pemandu mereka. Sebagai contoh, sekiranya penumpang ingin memberi penilaian yang lebih rendah dari 5 bintang, mereka perlu menambah penjelasan tentang kenapa mereka memberi penilaian sebegitu.

Uber juga tidak akan mengira trafik yang tinggi atau jalan yang dibawa sebagai alasan kepada penilaian pemandu. Selain itu, penumpang yang didapati selalu memberi penilaian yang buruk kepada pemandu mereka, penilaian mereka juga tidak akan diambil kira.

https://youtu.be/2hFs48rJg8o

Usaha Uber ini dilihat untuk menarik para pemandu supaya kembali ke platform mereka selepas mereka semakin kehilangan pasaran mereka di seluruh dunia. Mereka juga telah dilanda krisis kebocoran data pada tahub lepas dan ini memberi lebih tekanan kepada syarikat penyedia servis pengangkutan itu untuk kembali dipercayai oleh pengguna.