Uber Hadir Dengan Promosi Perjalanan Percuma Bernilai RM100

Uber Malaysia hari ini sekali lagi memperkenalkan promosi terbaru mereka. Bermula pada hari ini sehingga 5 Mac 2017, anda boleh menikmati perjalan percuma yang bernilai RM100. Anda hanya perlu menggunakan code promosi "FREERIDES100".

Dengan code ini anda boleh menggunakan servis Uber percuma sebanyak 25 kali yang bernilai RM4 setiap satu perjalanan. Ini bermakna jika kos perjalanan anda tidak sampai RM4, anda akan diberikan servis secara percuma.

Perjalanan yang lebih daripada RM4 akan menerima diskaun RM4 dan bakinya akan dikenakan kepada kaedah pembayaran pilihan anda, sama ada wang tunai atau kad kredit. Ianya sah untuk perjalanan dalam semua bandar-bandar Malaysia di mana Uber boleh didapati kecuali di Lembah Klang dan Seremban.

Sumber