Uber Dan Grab Diminta Batalkan Gabungan

Bulan April yang lalu, kita telah disajikan dengan berita tentang pengambil alihan Grab keatas Uber untuk perkhidmatan mereka di Asia Tenggara.

Penjualan tersebut menyaksikan keseluruhan operasi di rantau ini dipegang oleh Grab, dan sebagai balasan, Uber Technologies Inc mendapat pegangan saham di dalam Grab sebanyak 27.5%.

Walaubagaimanapun, langkah pengambil alihan ini dilihat seperti monopoli pasaran oleh satu syarikat sahaja dan beberapa pihak berpendapat ia adalah persaingan yang tidak sihat untuk industri.

Antara pihak yang tidak bersetuju dengan perkara ini adalah Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS), dimana pihak itu meminta gabungan kedua-dua syarikat dibatalkan.

Selain pembatalan, CCCS juga mahu kedua-dua syarikat tersebut dikenakan denda kerana langkah ambil alih itu dianggap merugikan industri e-hailing serta pengangkutan konvensional di Singapura.

Di Malaysia pula, Kementerian Pengangkutan dikatakan sudah mula mengkaji kesan dari penggabungan Grab dan Uber. Menurut Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, rungutan mengenai tambang Grab mula meningkat.

Sumber: VentureBeats dan Reuters