Uber Berbelanja Sebanyak RM 12 Billion Tahun Lepas

Uber telah mendapat reputasi yang agak buruk sejak kebelakangan ini dan syarikat itu dilihat cuba mengalih perhatian dengan mendedahkan angka jualan yang diperolehi syarikat itu.

Angka kewangan yang ditunjukkan kepada Bloomberg mendedahkan Uber berjaya meningkatkan jumlah tempahan untuk tahun 2016 melibatkan jumlah RM 88 Billion.

Jumlah itu meningkat lebih dua kali ganda jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Untung bersih syarikat pula bernilai RM 28 Billion selepas hasil pemandu ditolak.

Syarikat itu juga membelanjakan sebanyak RM 12 Billion untuk tahun 2016 tidak termasuk dengan bisnes di China yang mereka jual kemudian.

CEO Uber sebelum itu berkata syarikat itu kehilangan RM 4 Billion setahun di China sebelum menjual divisen mereka kepada pesaing tempatan Didi Chuxing pada bulan Ogos.

Jika dilihat kepada pertumbuhan dalam suku tahunan, kerugian dikekalkan pada tahap yang berterusan dalam pertengahan tahun kedua dan dalam masa yang sama pertumbuhan kekal dalam kadar yang sihat.

"Kami beruntung untuk memiliki bisnes yang sihat dan berkembang, memberi ruang kepada kami untuk melakukan perubahan bagi bersesuaian dengan pemandu dan organisasi," kata Rachel Holt, pengurus besar rantau untuk U.S dan Kanada.

Sumber