Uber Bayar Wang Kepada Pengodam Untuk Padam Data Yang Dicuri

Dilaporkan, sejumlah besar data peribadi pemandu dan penumpang Uber telah berjaya digodam pada 2016 yang lepas.

Namun perkara itu tidak diketahui ramai oleh kerana syarikat itu membayar wang sebanyak $100,000 kepada pengodam dengan harapan ia dipadam dan tidak menghebahkannya kepada umum.

Minggu ini, Ketua Pegawai Keselamatan, Joe Sullivan dan seorang lagi pegawai dikhabarkan telah dipecat syarikat berkenaan kerana berperanan menyembunyikan kejadian tersebut. Data-data yang dicuri itu dipercayai mengandungi lebih dari 50 juta pemandu dan penumpang seluruh dunia yang antaranya adalah, nama, emel, alamat dan nombor telefon.

CEO baru Uber, Dara Khosrowshahi memberitahu Bloomberg menerusi emel yang beliau "tidak akan memberi sebarang alasan" serta percaya kejadian ini "tidak sepatutnya berlaku".

Laporan mendapati kebocoran itu berjaya dilakukan apabila pengodam berjaya mendapat kelayakan pendaftaran untuk akaun Perkhidmatan Web Uber Amazon yang menggunakan laman GitHub dikendalikan oleh jurutera Uber.

Uber telah mengeluarkan kenyataan yang menyebut "Tiada bukti penipuan atau salah guna yang terikat dengan kejadian itu." Syarikat itu turut menyatakan mereka bersedia memberikan pemantauan perlindungan kredit secara percuma dan perlindungan kecurian identiti.

Sumber: Uber, Bloomberg