Uber Akan Meminta Pemandu Mengambil Selfie Sebagai Pengesahan








Uber kini mengumumkan sistem pengesahan biometric untuk pemandu Uber. Apabila pemandu baru ingin mendaftar dengan Uber, aplikasi tersebut akan meminta untuk mengambil gambar muka anda dan anda perlu membuat pengesahan 'facial recognition' secara rawak.



Langkah ini adalah bertujuan untuk mencegah daripada kegiatan menukar pemandu dengan menggunakan satu akaun. Jika pemandu gagal untuk mengesahkan identiti mereka, Uber akan menyekat akaun mereka untuk siasatan lanjut.



Kegiatan menukar pemandu ini berlaku banyak di China, dimana sekumpulan pemandu bertukar-tukar syif sambil menggunakan akaun yang sama dan membahagikan pendapatan sesama mereka. Hal ini akan mengundang masalah dari segi keselamatan kerana seseorang pemandu Uber akan dinilai tentang cara pemanduan dan prestasi mereka. Apabila pemandu berubah-ubah, Uber tidak dapat mengenal pasti identiti (pemandu palsu) dan tahap pemanduan mereka.