Uber Akan Melaksanakan Bayaran Kepada Pemandu Untuk Memulangkan Barangan Penumpang Yang Tertinggal

Uber telah melaksanakan yuran untuk pemandu yang memulangkan barangan yang tertinggal oleh penumpang mereka.

Syarikat penyedia pengangkutan itu baru-baru ini telah dikritik hebat kerana hubungan tegang mereka dengan pemandu mereka dan langkah ini bertujuan bagi mengendurkan sedikit ketegangan yang melanda.

Bayaran yang akan dikenakan untuk penumpang itu berjumlah RM 64.

Langkah ini bagaimanapun tidak akan terpakai untuk servis Uber di negara lain dan hanya untuk Boston dan Chicago.

Uber tidak mengulas lanjut samada fungsi itu akan dikerahkan ke seluruh dunia.

Langkah ini boleh membantu pemandu dan penumpang dalam mencapai kata sepakat bagi memulangkan barangan yang tertinggal semasa servis Uber.

Banyak kes dimana pemandu terpaksa berpatah balik ke penumpang dan penumpang enggan membayar sebarang wang selepas itu.

Sumber