Ubah Tema Facebook Pada PC Dan Komputer Riba

Kepada anda yang selalu "online" Facebook menggunakan "Laptop" , kami ingin kongsikan kepada anda cara-cara untuk mengubah tema pada paparan Facebook agar kelihatan unik dan menarik. Maklumlah Facebook dengan tema yang sedia ada agak sedikit membosankan.

Untuk mengubahsuai tema facebook, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Pastikan komputer anda telah tersiap dengan aplikasi Google Chrome terlebih dahulu. Seterusnya Pasang aplikasi ekstensi chrome bernama Stylish. Klik sahaja pada pautan dibawah untuk muaturun.

Stylish




Langkah 2

Setelah siap pasang ekstensi tersebut, pilih mana-mana tema Facebook yang anda berkenan



Seterusnya klik pada butang "install style"



Langkah 3

Setelah selesai proses pemasangan, buka kembali Facebook pada Chrome anda dan lihat hasilnya.



 

Sangat menarik bukan? Itu sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, selamat mencuba.

Berkaitan