Ubah Saiz & Resolusi Foto Pada Android Dengan Mudah

Kepada pengguna Android, anda tidak perlu bersusah payah untuk menggunakan PC semata - mata untuk mengubah saiz atau resolusi foto.

Ianya boleh terus dilakukan pada peranti Android dengan mudah. Ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali pasang aplikasi Photo & Picture Resizer, ianya boleh didapati pada laman ApkPure.com ataupun pada Playstore.



 

Seterusnya pilih menu Select Photos untuk masukkan gambar yang anda inginkan.



 

Kemudian tap pada ikon Resize pada bahagian atas dan pilih resolusi yang sesuai. Setelah siap diproses, gambar tersebut akan disimpan pada Folder Photo Resizer pada Galeri peranti anda. Selesai.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan