U Mobile Unlimited Funz - Data Tanpa Had Untuk PUBG Mobile, Mobile Legends, WhatsApp Dan Beberapa Aplikasi Popular Lain

Seiring dengan penggunaan internet yang semakin meningkat, satu pek prabayar baru telah diperkenalkan oleh U Mobile. Ia  menyediakan data tanpa had bagi permainan mudah alih, media sosial serta aplikasi pemesejan segera.



Dikenali sebagai Unlimited Funz, pengguna boleh menikmati data tanpa had percuma untuk 10 aplikasi popular;

  1. Facebook

  2. Instagram

  3. Twitter

  4. PUBG Mobile

  5. Whatsapp

  6. WeChat

  7. IMO

  8. Viber

  9. Mobile Legends

  10. Facebook Messenger


Anda boleh dapatkannya melalui pendaftaran nombor baru atau beralih dengan nombor sedia kepada pelan prabayar terbaru ini.

Sebagai permulaan, Unlimited Funz sedia terkandung dengan kredit RM6, internet berkelajuan tinggi 200MB, tempoh sah 5 hari dan untuk tawaran tanpa had untuk 10 aplikasi diatas terus dinikmati, pengguna perlu memastikan talian sentiasa aktif pada RM1 setiap hari. Maklumat lanjut boleh dilihat pada laman U Mobile.