U Mobile Tawar Pelan GX38 Dan GX68 Baharu - Internet Tanpa Had Dengan Kelajuan Lebih Pantas

U Mobile baru sahaja mengumumkan pelan baharu Giler Unlimited yang menawarkan penggunaan internet tanpa had pada harga berpatutan. Terdapat 2 pelan yang diperkenalkan, 1 pelan pascabayar GX68 dan 1 lagi pelan prabayar GX38.

Pelan Prabayar GX38


Pelan ini adalah pelan prabayar yang dipertingkatkan dari pelan GX30. Dengan bayaran RM38 sebulan, pengguna boleh menikmati kelajuan internet maksimum 6Mbps, iaitu 2 kali ganda kelajuan pada pelan GX30 biasa. Sama juga seperti GX30, hotspot hanya terbatas pada 3GB sahaja dan tiada panggilan percuma.

  • Data tanpa had

  • Kelajuan terbatas hanya 6Mbps

  • 3GB hotspot

  • Data Booster 5 untuk internet kelajuan tinggi 10GB selama 14 hari dengan pembelian RM5



Pelan Pascabayar GX68


Pelan pascabayar ini juga dipertingkatkan dari pelan GX50. Ia menawarkan data tanpa had, panggilan tanpa had, dan juga 5GB hotspot. Bezanya dengan GX50 adalah dengan bayaran tambahan RM18 sebulan, ia menawarkan kelajuan tanpa had berbanding hanya 5Mbps pada GX50.

  • Data 4G tanpa had

  • Tiada had kelajuan

  • Panggilan tanpa had

  • 5GB hotspot




Disebabkan ia pelan yang baharu, jadi pihak U Mobile memberikan potongan sementara untuk pendaftaran dalam tempoh promosi ini. Pengguna hanya perlu membayar RM35 sebulan untuk GX38 dan RM58 sebulan untuk GX68. Selepas tempoh promosi tamat, pengguna prabayar GX38 perlu membayar pada harga RM38 sebulan. Namun untuk pascabayar, hanya pengguna yang mendaftar pada tempoh promosi ini sahaja akan terus membayar pada harga RM58 sebulan. Jika ada pengguna yang mendaftar untuk GX68 selepas dari tempoh promosi, mereka akan dicaj pada bayaran normal RM68 sebulan.

Pelan U Mobile ini akan mula tersedia untuk pendaftaran di semua kaunter U Mobile seluruh Malaysia bermula 13 Februari 2020.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi U Mobile.

Berkaitan