Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1_UMMC Rep

U Mobile Sumbang Telefon Dan Kad SIM GX68 Kepada Petugas Perubatan

Diterbitkan April 2, 2020 oleh Helmi Samsuri

Dalam kita menghadapi wabak Covid-19, pelbagai pihak tampil memberi sumbangan bagi membantu petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus membendung penularan yang lebih meluas.

Selain terlibat dalam penyediaan data harian percuma kepada pengguna sepanjang tempoh PKP berjalan, U Mobile kini meneruskan sokongan dengan memberikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan perubatan.

Semalam, sejumlah 100 unit telefon lengkap dengan kad sim pascbayar GX68 telah diserahkan kepada dua hospital; Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Sungai Buloh.

Photo 1_UMMC Rep
Sumbangan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya
Photo 2_Sungai Buloh Hospital Rep
Hospital Sungai Buloh

Melalui sumbangan ini, U Mobile menyatakan ia akan memudahkan pasukan perubatan menghubungi pesakit dibawah siasatan (PUI), juga menjalankan pengesanan hubungan.

Photo 3_Network Tower

Tidak cukup dengan itu, sebuah tapak rangkaian sementara telah dibina berdekatan Hospital Sungai Buloh. Ia berfungsi untuk meningkatkan lagi liputan disekitar kawasan tersebut dan merupakan kerjasama antara U Mobile, ZTE dan edotco.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY