U Mobile Pertonton 5 Situasi Penggunaan 5G Di Langkawi

Pengkomersilan 5G pada suku ketiga ini akan membuka peluang kepada penerapan teknologi canggih ke dalam pelbagai sektor vertikal seperti penjagaan kesihatan dan pelancongan. Sebanyak lima kes penggunaan masa sebenar telah ditunjukkan di Langkawi sejajar Projek Demonstrasi 5G. Kes kegunaan ini telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Pada Disember 2019, U Mobile telah menunjukkan bagaimana ketersambungan 5G dapat menyokong perundingan perubatan jarak jauh menerusi DOCpod singkatan daripada DoctorOnCall. Selain itu, U Mobile juga menunjukkan kelajuan rangkaian 5G nya yang mampu mencapai 1.2 gbps. Malah pada hujung minggu lalu, U Mobile telah mempersembahkan beberapa lagi kes kegunaan 5G masa sebenar. Antaranya adalah perundingan jarak jauh dengan MEDCOM, permainan VR dan pelancongan VR.

Perundingan jarak jauh dengan MEDCOM


konsultasi jarak jauh dengan medcom

U Mobile bekerjasama dengan MEDCOM untuk menawarkan perundingan jarak jauh di hospital. MEDCOM merupakan sebuah peranti teleperubatan dijana oleh 5G yang membolehkan doktor menawarkan perundingan jarak jauh kepada pesakit. Peranti ini bukan sahaja mudah dibawa ke mana-mana, malah ia juga dapat membekalkan maklumat klinikal, fisiologi dan diagnostik. Ia memberikan sambungan masa sebenar yang bermutu tinggi dan boleh dipercayai kepada doktor untuk membuat keputusan dari jarak jauh.

Pelancongan VR


pelancongan VR

Dalam pelancongan VR, U Mobile telah bekerjasama dengan HTV Vive untuk menunjukkan bagaimana 5G dapat membawa pengguna ke dunia Pelancongan Maya yang mengujakan. Di mana seseorang dapat mengalami destinasi mereka dari jauh secara realistik.

Permainan VR


permainan VR

U Mobile telah menjalin kerjasama dengan HTV Vive untuk menunjukkan kuasa 5G dari segi permainan VR melalui permainan Front Defense. Woo Ooi Yuen, Ketua Pegawai Teknologi U Mobile menujukkan bagaimana 5G dapat menaik taraf pengalaman pemain dengan imej yang lebih jelas dan tepat. Ia sekaligus membolehkan mereka mengalami satu dunia permainan multi pemain yang tanpa masa penangguhan.

Perundingan perubatan jarak jauh dengan DOCpod


DOCpod

Dalam perundingan perubatan, U Mobile bekerjasama dengan DoctorOnCall untuk kes kegunaan 5G yang menawarkan perundingan perubatan jarak jauh. DOCpod adalah singkatan daripada DoctorOnCall iaitu platform perundingan perubatan video dalam talian yang pertama di Malaysia. Ia menggabungkan teknologi video dan suara yang canggih dengan perubatan serta pengalaman doktor-doktor yang terkemuka di Malaysia.

Fixed Wireless Access (FWA)


FWA

U Mobile menunjukkan kelajuan tertinggi 5G pada 1.2 gbps. Telefon pintar sedia ada akan mempunyai keupayaan untuk menyambung ke perkhidmatan FWA.