Pada Disember 2019, U Mobile telah menunjukkan bagaimana ketersambungan 5G dapat menyokong perundingan perubatan jarak jauh menerusi DOCpod singkatan daripada DoctorOnCall. Selain itu, U Mobile juga menunjukkan kelajuan rangkaian 5G nya yang mampu mencapai 1.2 gbps. Malah pada hujung minggu lalu, U Mobile telah mempersembahkan beberapa lagi kes kegunaan 5G masa sebenar. Antaranya adalah perundingan jarak jauh dengan MEDCOM, permainan VR dan pelancongan VR.
Perundingan jarak jauh dengan MEDCOM
U Mobile bekerjasama dengan MEDCOM untuk menawarkan perundingan jarak jauh di hospital. MEDCOM merupakan sebuah peranti teleperubatan dijana oleh 5G yang membolehkan doktor menawarkan perundingan jarak jauh kepada pesakit. Peranti ini bukan sahaja mudah dibawa ke mana-mana, malah ia juga dapat membekalkan maklumat klinikal, fisiologi dan diagnostik. Ia memberikan sambungan masa sebenar yang bermutu tinggi dan boleh dipercayai kepada doktor untuk membuat keputusan dari jarak jauh.
Pelancongan VR
Dalam pelancongan VR, U Mobile telah bekerjasama dengan HTV Vive untuk menunjukkan bagaimana 5G dapat membawa pengguna ke dunia Pelancongan Maya yang mengujakan. Di mana seseorang dapat mengalami destinasi mereka dari jauh secara realistik.
Permainan VR
U Mobile telah menjalin kerjasama dengan HTV Vive untuk menunjukkan kuasa 5G dari segi permainan VR melalui permainan Front Defense. Woo Ooi Yuen, Ketua Pegawai Teknologi U Mobile menujukkan bagaimana 5G dapat menaik taraf pengalaman pemain dengan imej yang lebih jelas dan tepat. Ia sekaligus membolehkan mereka mengalami satu dunia permainan multi pemain yang tanpa masa penangguhan.
Perundingan perubatan jarak jauh dengan DOCpod
Dalam perundingan perubatan, U Mobile bekerjasama dengan DoctorOnCall untuk kes kegunaan 5G yang menawarkan perundingan perubatan jarak jauh. DOCpod adalah singkatan daripada DoctorOnCall iaitu platform perundingan perubatan video dalam talian yang pertama di Malaysia. Ia menggabungkan teknologi video dan suara yang canggih dengan perubatan serta pengalaman doktor-doktor yang terkemuka di Malaysia.
Fixed Wireless Access (FWA)
U Mobile menunjukkan kelajuan tertinggi 5G pada 1.2 gbps. Telefon pintar sedia ada akan mempunyai keupayaan untuk menyambung ke perkhidmatan FWA.
Berkaitan
- Vivo Dianugerahkan Sebagai Jenama Pilihan Pengguna 2019 Di China
- LG Terima 17 Anugerah Inovasi CES Bagi Kategori Perkakas Rumah Dan Komunikasi Mudah Alih Di CES 2020
- Rebut Peluang Percuma Bil Telefon 1 Tahun Dengan Pembelian Peranti Vivo
- Cip MediaTek Sekarang Tak Sama Macam Dahulu
- Hangzhou Lancar Sistem Kod QR Kesihatan - Dapat Tahu Keadaan Kesihatan Orang Lain Mengikut Warna
- Unifi Sambung Lagi Penawaran Sepanjang Tempoh Lanjutan PKP
- Vivo Y19 : Penambahbaikan Yang Baik, Tetapi Belum Mencukupi
- Lapan Produk ASUS Dan ROG Terima Anugerah iF Design 2020
- Konsep Vivo APEX Generasi Seterusnya Akan Dilengkapi Bateri 7000mAh Dan Storan 712GB
- Skip Galaxy S20 Ultra Yang Berharga RM5,000 Ni!