U Mobile Perkenal Pelan Prabayar UMI 36 Dan UMI 26

U Mobile telah mengumumkan dua pakej internet baru untuk pelanggan prabayar yang akan dikenali dengan nama UMI 36 dan UMI 26.

Pelan UMI 36 ditawarkan dengan kos bulanan RM36 dimana ia menyediakan kuota data sebesar 7.5GB. Jumlah data yang sama iaitu 7.5GB juga tersedia bagi Video ONZ, menjadikan keseluruhan data bulanan adalah 15GB.

Seterusnya adalah pelan UMI 26 yang boleh dilanggan dengan harga RM26 tetapi pada kadar data yang lebih rendah sedikit.

Selain perbezaan dari segi harga langganan dan kuota data, UMI 26 tidak didatangkan denganĀ  Unlimited Streaming 2 pagi hingga 10 pagi seperti UMI 36.





Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web U Mobile.