Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Key Visual BM 1-side

U Mobile Perkenal Pelan Jalur Lebar WIFI Dengan Harga Promosi Serendah RM44

Diterbitkan Mac 11, 2021 · Dikemas kini Mac 11, 2021 oleh Amsyar Latif

U Mobile hari ini telah memperkenalkan pelan jalur lebar WiFi baharu bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka.

Pelan dengan nama Ultra Unlimited Wireless Broadband ini tampil dengan empat pelan yang ditawarkan, iaitu:

  • WB48 (Study)
  • WB68 (Work)
  • WB88 (Work & Play)
  • WB128 (Max)

Key Visual BM 2

Buat pengetahuan, data tanpa had ini adalah mengikut aplikasi berdasarkan pelan yang dilanggan, iaitu:

  • Pembelajaran – Zoom dan Google Meet
  • Produktiviti – Aplikasi Microsoft Office 365
  • Permainan dan keseronokan – Shopee, Lazada, Mobile Legends, COD Mobile dan Free Fire

Tambahan lagi, kesemua pelan tersebut bebas kontrak dan pelanggan hanya perlu memasukkan kad SIM ke dalam modem MiFi.

u mobile mifi

Untuk modem MiFi, pelanggan mempunyai pilihan sama ada membelinya sendiri atau dari U Mobile yang berharga RM299.

Key Visual BM 1 (1)

Bersempena kehadirannya, U Mobile turut menawarkan diskaun 50% kepada pelanggan U Mobile yang layak untuk bayaran selama 24 bulan bagi pelan WB88. Ini menjadikan langganan yang perlu dibayar hanyalah RM44 untuk sepanjang tempoh 2 tahun.

Selain itu, tawaran diskaun bagi pelan WB68 dan ke atas itu bermula hari ini dan hanya berlangsung untuk masa yang terhad.

Sumber: Siaran Akhbar U Mobile

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY