U Mobile Melancarkan Percubaan Langsung Rangkaian 5G Di Berjaya Times Square

Terkini, U Mobile melancarkan percubaan langsung Fast Forward with U Mobile 5G di Berjaya Times Square. Percubaan ini bermula hari ini hingga hujung tahun 2020 dimana pengguna dapat merasai pengalaman 5G di pusat beli belah tersebut.



Ini merupakan percubaan langsung 5G pertama di Malaysia. Rakan teknologi U Mobile adalah ZTE Corporation dan percubaan ini menggunakan jalur lebar 100Mhz pada spektrum 3.5Ghz (C-band) dengan sokongan rangkaian 5G NSA (Non-Stand Alone).

Menurut U Mobile, pelanggan U Mobile dapat merasai pengalaman ini dengan telefon-telefon pintar yang terpilih. Buat masa ini, mereka menyediakan  telefon-telefon Huawei seperti siri P40, Mate 30 Pro 5G dan Nova 7 SE.

Bagi telefon pintar yang lain, U Mobile sedang berusaha dengan pengeluar jenama telefon pintar tersebut agar rangkaian 5G dapat disediakan untuk pelanggannya.

Jika anda mahu mencuba rangkaian ini, ia boleh didapati di tingkat LG, G dan 1 Berjaya Time Square