U Mobile Kembangkan Lagi Penawaran 4G LTE Ke 40 Lokasi Di Utara Tanah Air

Salah satu telco yang hadir menawarkan pelan internet tanpa had yang boleh dikatakan berbaloi untuk dilanggan adalah U Mobile.

Beberapa hari lalu, syarikat tersebut ada membuat pengumuman menyatakan sambungan 4G LTE mereka telah dikembangkan ke 40 lokasi di utara tanah air.


Mengambil masa hanya dalam 2 minggu, ia membabitkan kawasan seperti;

  • Langkawi - Jalan Padang Saga, Kampung Lubuk Buaya, Jalan Padang Mat Sirat

  • Kedah - Daerah Kerian, Darul Aman Perdana, Taman Suria, Charok Kemuning, Kuala Kurau, Kota Sarang Semut, Pokok Sena, Bandar Laguna Merbok, Kg Sg Limau, Daerah Kuala Muda, Jalang Changlun, Padang Serai, Jalan Sultanah, Taman Seri Aman, Kg Tradisi Paya Pahlawan, Daerah Kubang Pasu

  • Alor Setar - Taman Wira Mergong, Kampung Lubok Peringgi

  • Pulau Pinang - Bukit Jambul, Kepala Batas, Kampung Tok Hamid

  • Perak - Kampung Pasir, Teluk Intan, Daerah Hilir Perak, Matang, Mukim Bagan Datoh, UTP, Mukim Durian Sebatang


U Mobile turut menyatakan bahawa capaian 4G LTE itu ditawarkan lebih meluas ke lokasi yang lain pada masa depan.