U Mobile Kekal Komited Dalam Mudahkan Urusan Pelanggan Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan

Kita sedia maklum bahawa rakyat Malaysia yang bekerja perlu melakukan tugasan daripada rumah bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Ini sekaligus menjadikan penggunaan internet amat penting untuk kekal berhubung dengan rakan sekerja dan sebagainya.

Sebagai salah satu pengendali telekomunikasi, U Mobile mahu komited dalam memudahkan urusan pelanggannya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan sekarang.

Berikut adalah usaha-usaha U Mobile dalam membantu rakyat Malaysia kekal berhubung ketika di rumah :

  • Panggilan percuma ke talian Pusat Tindakbalas.

  • Percuma kuota data hotspot 2 kali ganda bagi pelanggan prabayar dan pascabayar menerusi kempen The Hottest Spot.

  • E-Dompet GoPayz yang dibangunkan oleh U Mobile menawarkan diskaun dan rebat bagi penghantaran makanan dan keperluan harian.


Pelanggan juga disarankan untuk memuat turun aplikasi MyUMobile bagi kemas kini terkini dan juga menambah, membayar bil dan menyemak baki akaun pengguna.