U Mobile Dan Starhub Telah Berjaya Menjalankan Percubaan Panggilan Video Melalui Rangkaian 5G SA

U Mobile dan syarikat telekomunikasi dari Singapura, StarHub telah bekerjasama pada tahun lepas bagi menjalankan percubaan roaming rangkaian 5G standalone (5G SA).



Hari ini, mereka telah mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menjalankan sebuah panggilan persidangan video pelbagai pihak menerusi teknologi 5G standalone (5G SA).

Dengan kejayaan ini, pengguna dapat menikmati komunikasi dengan lancar serta pengalaman untuk hiburan yang lebih baik.



Menurut Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Woon Ooi Yuen, teknologi 5G SA ini akan memberikan kemudahan dan manfaat serta perkhidmatan roaming 5G di Malaysia dan Singapura sebaik sahaja ia dilancarkan secara komersil di kedua-dua buah negara.

Tambahan lagi, rangkaian 5G SA ini tidak menyokong dan ia bebas daripada infrastruktur rangkaian 4G. Kelebihan SA ini adalah ia mudah dan lebih efisien. Ia juga akan mengurangkan kos bagi peranti dan meningkatkan prestasi ketika digunakan diluar sempadan rangkaian.