U Mobile Dan Impact Malaysia Bekerjasama Untuk Mempersembahkan Seni Mural

U Mobile, syarikat telekomunikasi yang tidak asing lagi di Malaysia telah bekerjasama dengan Impact Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Belia & Sukan untuk pembangunan belia dan inovasi sosial, telah memperkenalkan inisiatif seni mural berskala besar, dengan sokongan Kementerian Belia & Sukan (KBS).


Penyiapan seni mural yang bertenaga tersebut turut menginspirasikan inisiatif di gelanggang bola keranjang, bola tampar dan sepak takraw di Spacerubix Puchong, sekaligus membuka tirai kempen Unlimited Moves yang memaparkan gandingan antara U Mobile dan Impact Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck menegaskan,

“Kempen Unlimited Moves U Mobile memberikan fokus kepada penyediaan akses serta sokongan kepada golongan belia bagi merealisasikan potensi sebenar mereka, baik dalam sukan mahupun usaha pembangunan komuniti. Kami sangat teruja kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Impact Malaysia dengan sokongan Kementerian Belia & Sukan dalam kempen ini.”

 

Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir menyatakan.

“Impact Malaysia berharap agar lebih ramai belia menggunakan gelanggang sukan yang telah diberikan nafas baharu ini, untuk aktiviti sukan, berkongsi idea dan impian mereka,”

 

Mankala Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berpandangan positif terhadap kerjasama tersebut, dan menggalakkan badan-badan korporat lain untuk menyumbang dalam pembangunan belia.


Bagi merasmikan acara serta gelanggang-gelanggang tersebut, Heang Tuck, Ahmed Faris dan YB Syed Saddiq molantar bola keranjang untuk menyampaikan sokongan mereka kepada penglibatan golongan belia dalam sukan serta pembangunan komuniti. Majlis pelancaran acara tersebut turut dihadiri oleh beberapa agensi yang berkaitan dengan KBS, kumpulan belia, serta rakan kerjasama Impact Malaysia dan Spacerubix.

Berkaitan