U Mobile Bakal Pertonton 4 Aplikasi Menggunakan Teknologi 5G Di Putrajaya Minggu Ini

Seperti yang kita ketahui, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) bakal menganjurkan "5G Malaysia Showcase" bermula esok, 18 April-21 April ini.

Pelbagai teknologi berkaitan 5G dijangka akan dipamerkan oleh para pembangun dan penyedia perkhidmatan semasa acara berkenaan diadakan nanti.

Antara yang bakal terlibat ialah pembekal perkhidmatan telekomunikasi, U Mobile. Mereka bakal mempertontonkan empat(4) use case berkaitan 5G semasa acara itu nanti.

1. Tele-pembedahan(use case utama)



Dengan teknologi 5G, fail imej bersaiz besar seperti MRI akan dapat dipindahkan kepada doktor dengan lebih cepat dan ia akan dapat membantu meningkatkan kualiti rawatan.

Maka, walaupun doktor tidak dapat menyentuh pesakit secara fizikal, mereka akan tetap dapat membantu dalam proses rawatan dan diagnosis.

2. Multi-Penstriman 4K



Sambungan 5G mampu membekalkan kelajuan sehingga mencapai Gbps, sekaligus membolehkan lebih banyak penstriman video 4K dijalankan dalam satu masa yang sama.

3. Permainan Video Dengan Kadar Kependaman Ultra-Rendah



Teknologi 5G mampu memberikan pengalaman bermain permainan video dengan kadar kependamanan(latency) yang sangat rendah menerusi kadar penghantaran sepantas 10-20Gbps.

Ia juga bermakna permainan VR juga akan dapat di-render secara cloud (cloud rendering) dan dihantar kepada pemain menerusi sambungan internet.

Cloud rendering ini juga akan membolehkan terminal permainan pemain menyediakan imej berkualiti untuk mempertingkatkan kualiti permainan.

4. Pemerhatian CCTV Definisi Tinggi



Teknologi ini juga akan dapat menyokong frame rates yang lebih tinggi serta video berdefinisi tinggi kepada kamera litar tertutup.

Selain itu, ia juga membolehkan gambar berkualiti diambil oleh CCTV walaupun pada keadaan gelap.

Kesemua teknologi ini dan banyak lagi akan dipertontonkan kepada umum pada 20 April & 21 April ini di Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Sumber: U Mobile