Twitter Tampil Dengan Kemaskini Baru Untuk Android Nougat

1477897147_699_twitter-alpha-version-optimized-for-android-7-1-nougat

Seperti mana yang kita tahu, Twitter adalah salah satu nama terbesar dalam dunia media sosial di dunia. Kini Twitter mempunyai 210 juta pengguna aktif yang berkongsi cerita dan pendapat masing-masing dengan menggunakan hanya 140 patah perkataan. Walaupun dikhabarkan Twitter sedang mencari pembeli, syarikat tersebut masih sempat untuk mengetengahkan kemaskini versi alpha untuk aplikasi Android dengan fungsi terbaru.

Kemaskini yang dibawa oleh Twitter itu akan menonjolkan 3 fungsi baru. Yang pertama adalah 'Shortcut'. Pengguna kini boleh meletakkan tiga jenis shortcut pada butang home mereka. Ini adalah bertujuan untuk meminimakan pergerakan dalam menghasilkan Tweet.

Yang kedua adalah sokongan 'Multi-window' dimana anda dapat mengekses aplikasi lain bersama Twitter dalam mod 'split-screen'. Namun harus diingatkan, ianya hanya boleh didapati untuk peranti Android Nougat. Kemaskini yang ketiga pula adalah rekaan. Mengikut sistem operasi Google Android, ikon Twitter kini berbentuk bulat.

Oleh kerana ianya kemaskini versi alpha, ianya tidak boleh didapati oleh semua pengguna dan tidak boleh dimuat turun di Play Store. Buat ketika ini, ianya hanya boleh didapati untuk pengguna yang menggunakan program Twitter Alpha atau anda boleh muat turun dariĀ APK Mirror jika anda betul-betul tidak sabar. Anda perlu tahu versi alpha ini akan memiliki beberapa notifikasi 'bug report' sejurus aplikasi Twitter dibuka.

 

1477897147_699_twitter-alpha-version-optimized-for-android-7-1-nougat

twitter-alpha-version-optimized-for-android-7-1-nougat