Twitter Tampil Dengan Fungsi 'Keyword Mute'

Bermula hari ini, Twitter akan menambah fungsi 'Keyword Mute' yang membolehkan anda menapis serangan atau gangguan di laman sosial tersebut. Ianya termasuklah menapis perkataan yang berbaur keji dan perkauman, ayat, username, emoji atau hashtag. Langkah dari Twitter ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk membantu pengguna yang sering di ganggu oleh kata-kata makian atau erti kata lain 'social media harassment'. Selepas fungsi ini ditambah, tweet yang mengandungi sensor/penapisan tidak akan dipaparkan di notifikasi anda. Namun ianya masih akan muncul di ruang carian.

unspecified_1

Kemaskini baru dari Twitter ini juga membolehkan anda untuk menghentikan perbualan yang tidak diingini. Untuk meninggalkan perbualan , tekan anak panah di bahagian tepi dan tekan 'mute the conversation' dan voila!, tiada lagi notifikasi dan perbualan yang tidak digemari anda.

Twitter juga menggubal semula sistem untuk melaporkan ancaman supaya pengguna lebih mudah untuk melaporkan kelakuan keji seperti cemuhan, kutukan, unsur perkauman, jantina, agama, cacat dan banyak lagi.

 

unspecified

Del Harvey, wakil dari Twitter berkata fungsi 'keyword mute' ini sudah lama dalam perbincangan. Seperti contoh, Instagram, yang sudah memuatkan fungsi ini pada bulan Ogos yang lepas nampaknya mengurangkan sedikit 'abuse' di laman sosial tersebut. Berita tentang penjualan saham Twitter beberapa minggu lepas turut menjadi faktor utama Twitter bergerak agak perlahan. Bagi Wiser.my, langkah yang diketengahkan oleh Twitter ini adalah sangat berguna untuk pengguna yang selalu di ganggu dan menjadikan suasana laman sosial ke dua terbesar selepas Facebook ini menjadi lebih segar dan bersih dari komen nagetif yang boleh menyebabkan keamanan negara tercemar.