Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter Tampil Dengan Fungsi ‘Keyword Mute’

Twitter Tampil Dengan Fungsi ‘Keyword Mute’

Diterbitkan November 15, 2016 oleh Haikel Areff

Bermula hari ini, Twitter akan menambah fungsi ‘Keyword Mute’ yang membolehkan anda menapis serangan atau gangguan di laman sosial tersebut. Ianya termasuklah menapis perkataan yang berbaur keji dan perkauman, ayat, username, emoji atau hashtag. Langkah dari Twitter ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk membantu pengguna yang sering di ganggu oleh kata-kata makian atau erti kata lain ‘social media harassment’. Selepas fungsi ini ditambah, tweet yang mengandungi sensor/penapisan tidak akan dipaparkan di notifikasi anda. Namun ianya masih akan muncul di ruang carian.

unspecified_1

Kemaskini baru dari Twitter ini juga membolehkan anda untuk menghentikan perbualan yang tidak diingini. Untuk meninggalkan perbualan , tekan anak panah di bahagian tepi dan tekan ‘mute the conversation’ dan voila!, tiada lagi notifikasi dan perbualan yang tidak digemari anda.

Twitter juga menggubal semula sistem untuk melaporkan ancaman supaya pengguna lebih mudah untuk melaporkan kelakuan keji seperti cemuhan, kutukan, unsur perkauman, jantina, agama, cacat dan banyak lagi.

 

unspecified

Del Harvey, wakil dari Twitter berkata fungsi ‘keyword mute’ ini sudah lama dalam perbincangan. Seperti contoh, Instagram, yang sudah memuatkan fungsi ini pada bulan Ogos yang lepas nampaknya mengurangkan sedikit ‘abuse’ di laman sosial tersebut. Berita tentang penjualan saham Twitter beberapa minggu lepas turut menjadi faktor utama Twitter bergerak agak perlahan. Bagi Wiser.my, langkah yang diketengahkan oleh Twitter ini adalah sangat berguna untuk pengguna yang selalu di ganggu dan menjadikan suasana laman sosial ke dua terbesar selepas Facebook ini menjadi lebih segar dan bersih dari komen nagetif yang boleh menyebabkan keamanan negara tercemar.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Navigasi TuJu Dipautkan Terus Ke Google Maps Bagi Optimumkan Kos Operasi - Ahmad Maslan
  • Skor 397.5/400 Dalam Peperiksaan Kebangsaan Korea Selatan Rupanya Dibantu AI
  • Selepas TikTok, Jordan Kini Haramkan Pula Telegram Atas Alasan Keselamatan
  • Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Memintas Dron Penceroboh
  • Megaspeed Sahkan Alice Huang Keluar Syarikat Sejak Ogos 2025
  • China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial Elektrik Sepenuhnya Selama 16 Minit
  • Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna
  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
©2026 WISER.MY