Twitter Tambah Fungsi Baru 'Continue Thread'

Twitter hari ini mengumumkan fungsi baru 'Continue thread' yang menjadikannya lebih mudah untuk menyambung ciapan terkini dengan yang terdahulu. Anda tidak lagi perlu scroll ke bawah untuk mencari ciapan terdahulu dan membalasnya dengan kemaskini dan sebagainya.

Continue Thread Twitter

Dengan perubahan ini, apabila anda membuat ciapan baru, hanya perlu tarik dari atas ke bawah untuk melihat ciapan terdahulu, kemudian tekan pada "Continue thread" atau simbol tiga titik di sebelahnya untuk mencari ciapan terdahulu yang ingin dibalas atau disambungkan.

Secara dasarnya, ia mungkin merupakan salah satu cara Twitter memudahkan pengguna untuk mencipta bebenang atau Tweetstorm. Terdahulu, Twitter menawarkan sokongan untuk menyambungkan beberapa ciapan dalam masa yang sama.

Fungsi baru ini telah mula dilepaskan dan jika anda masih belum menerima kemaskini ini, ia mungkin akan tersedia untuk semua pengguna pada minggu ini.

[embed]https://twitter.com/Twitter/status/1230267622903689225[/embed]

Sumber: 9to5Mac via Twitter