Twitter Sedang Bangunkan Ciri 'Unmention' Untuk Bolehkan Pengguna Buang Diri Dari Tweet Tak Diingini

Twitter sedang dalam proses membangunkan ciri 'unmention' bagi membolehkan pengguna platform sosial itu meninggalkan satu-satu konversasi yang tidak diingini.

Perekabentuk privasi Twitter, Dominic Camozzi menerusi akaun Twitter berkata: "Saya mahu anda mempunyai capaian yang lebih senang untuk 'untag' diri dari perbualan yang tidak diingini. Cuma perlu pilih 'Unmention yourself from this conversation' dari perbualan ini dari menu info lanjut dan pautan ke akaun anda akan dibuang (dari perbualan)."

Bagaimanapun, Camozzi turut menjelaskan bahawa ciri ini masih berada di konsep awal, namun ciri ini mungkin akan diimplemenkan jika mendapat sambutan (feedback) di tweet terbabit.

https://twitter.com/_dcrc_/status/1404578211309056006?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1404578211309056006%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2F9to5mac.com%2F2021%2F06%2F14%2Ftwitter-working-on-new-unmention-feature-to-let-you-leave-a-conversation%2F

Berkaitan