Twitter Rugi RM 12.45 Billion Selepas Padam 70 Juta Akaun Palsu

Seperti Facebook, Twitter juga tidak terlepas daripada dibanjiri oleh akaun-akaun palsu. Akaun-akaun ini didaftarkan atas pelbagai sebab tersendiri antaranya untuk menyerang pengguna lain, membuat kiriman-kiriman tidak sepatutnya dan banyak lagi. Twitter telah mengenalpasti bahawa majoriti daripada akaun palsu ini tergolong dalam golongan yang dikenali sebagai Russian Bots.

Mereka merupakan 'tentera digital' yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Russia. Bagi memerangi golongan ini, Twitter telah mengambil keputusan untuk memadam lebih dari 70 juta akaun palsu ini daripada laman media sosial terkemuka itu.



Walaubagaimapun, tindakan mereka itu akan mengurangkan jumlah pengguna mereka secara mendadak. Ini menyebabkan pelabur mereka mula hilang keyakinan terhadap laman media sosial dari Amerika tersebut. Selain pengguna yang berkurangan, langkah ini juga akan melibatkan kos kewangan yang agak tinggi.

Pada Isnin, nilai dagangan syarikat Twitter dilaporkan menurun sehingga 9% dengan melibatkan jumlah kerugian yang sangat besar iaitu $ 3.1 billion(~RM 12.45 billion). Bagaimanapun, CEO Twitter, Jack Dorsey menegaskan ia perlu dilakukan untuk kebaikan jangka masa panjang mereka.

Sumber