Dalam skandal Cambridge Analytica, Facebook paling terkesan kerana memberi akses kepada Cambridge Analytica, satu badan perundingan yang menguruskan kempen sesetengah ahli politik di seluruh dunia.

Dalam perkembangan lain, Twitter Inc. juga dikatakan telah menjual data mereka kepada penyelidik Cambrige University yang turut sama terlibat secara langsung dengan Cambridge Analytica.

Aleksandr Kogan, individu yang menghasilkan kuiz personaliti di Facebook yang mengambil data-data tersebut untuk digunakan oleh Cambridge Analytica telah menubuhkan syarikat komersialnya sendiri, Global Science Research (GSR)

GSR telah mendapat akses kepada data Twitter berskala besar dalam bentuk kiriman pengguna dalam tempoh beberapa bulan pada tahun 2015 yang lepas.

IKLAN

Twitter berkata GSR mendapat akses API sekali untuk tahun 2015 dari Disember 2014 hingga April 2015. Walau bagaimanapun, pihak Twitter telah membuat siasatan dalaman dan mendapati yang GSR tidak mendapat maklumat peribadi tentang pengguna mereka.

Twitter sudah memadam Cambridge Analytica dan organisasi yang berkaitan sebagai rakan pengiklanan mereka. Twitter memberikan akses kepada syarikat, pembangun dan pengguna dengan data pengguna melalui aplikasi pengkodan (API) yang meminta dan memberi maklumat kepada pelanggan mreka. Twitter juga menafikan yang mereka menjual data mengenai maklumat peribadi pengguna mereka kepada pihak ketiga.

Sumber