Twitter Menambah Ciri Pelekat Kartun Untuk Menarik Minat Syarikat Pengiklanan





































Twitter menghasilkan ciri pelekat kartun ini untuk menarik ramai syarikat pengiklanan untuk mengiklankan logo produk mereka di Twitter.



Twitter sudah berjaya menghasilkan ciri pelekat kartun yang di
klonkan dari Snapchat bulan lepas. Namun ianya perlu dibayar oleh
pengguna yang mahu menggunakan pelekat kartun di dalam gambar.



Iklan terbaru yang ditaja oleh Pepsi yang membayar lapan jenis pelekat kartun, enam darinya ialah pelekat smiley face, satu pelekat kartun bergambar piala dan satu lagi logo Pepsi sendiri.







Mungkin ramai yang mengangap bahawa pelekat kartun tidak menjadi rebutan kerana ianya tidak cool berbanding aplikasi lain yang jauh lagi menarik. Namun Twitter memberitahu bahawa pelekat kartun ini telah digunakan sebanyak lebih sejuta kali setakat ini.