Penggodam yang menggunakan nama samaran 'Mudge' atau nama sebenarnya Peiter Zatko adalah seorang yang amat berpengalaman dan dihormati dalam dunia penggodaman.
https://twitter.com/dotmudge/status/1328421797549780994
Pelantikan beliau ke dalam Twitter dilihat bagi menambah baik ciri keselamatan platform media sosial itu.
Dalam temu bual eksklusif bersama Reuters, Zatko berkata beliau akan dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan data, integriti laman dan platform, keselamatan fizikal dan lain-lain.
Sebelum bersama Twitter, beliau pernah bekerja dengan beberapa gergasi utama teknologi termasuk Google dan Pentagon di DARPA (Defense Advanced Research and Projects Agency).
Selain itu beliau juga adalah antara tokoh dalam kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Cult of the Dead Cow.
Kumpulan ini amat dikenali sekitar tahun 1990 kerana sering menyerang Windows dengan tujuan memaksa Microsoft menambah baik ciri keselamatan pada sistem operasi tersebu.
Terdahulu, Twitter menghadapi isu penggodaman keatas beberapa akaun verified dari beberapa organisasi dan individu terkenal seperti Bill Gates, Elon Musk dan Barack Obama. Akaun-akaun yang terkesan dilihat membuat ciapan mempromosikan penipuan Bitcoin.
Berkaitan
- Penggodam Curi 10 TB Data Western Digital, Tuntut Bayaran '8 Angka'
- Penggodam China Disyaki Menyebarkan Perisian Hasad Yang Tidak Boleh Dibuang
- Poster Dimuat Naik Akaun Twitter Tangga Putra Perdana Bukan Diterbitkan Jabatan Komunikasi Komuniti
- Harga Twitter 'Blue' Di Malaysia Berharga RM50 Sebulan Untuk Peranti Android Dan iOS
- Akaun Rasmi Twitter Huawei Brazil Digodam - Memaparkan Mesej Jelik Terhadap Apple
- Pengguna Aplikasi Twitter Di Peranti Android Digesa Mengemas Kini Segera Aplikasi Tersebut
- Kabel Lightning iPhone Ini Membolehkan Penggodam Mengakses Komputer Anda
- SKMM Kecewa Dengan Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp Dan Telegram
- Penggodam Mendakwa Sistem Bank Malaysia Hanyalah 'Cucu' Kepada Sistem Terdahulu
- Sistem Komputer Kerajaan Malaysia Menjadi Sasaran Penggodam Bagi Mencuri Data Projek