Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ESR8R-2XcAc0tKF (1)

Twitter Dilaporkan Sedang Menguji Fungsi ‘Stories’ Dinamakan Fleet

Diterbitkan Mac 5, 2020 · Dikemas kini Mac 5, 2020 oleh Meor Hasyim

Instagram Stories merupakan antara format popular perkongsian kandungan yang digunakan oleh pengguna internet. Fungsi yang sama turut terdapat dalam Facebook dan juga WhatsApp. Untuk Twitter, ia tidak mempunyai fungsi tersebut sehinggalah hari ini.

Mengikuti laporan The Verge, Twitter sedang menguji fungsi seakan Stories yang dipanggil ‘fleets‘ di negara Brazil. Sama seperti Stories, ia merupakan kiriman yang muncul pada garis masa di bahagian atas dalam tempoh 24 jam sebelum hilang.

Twitter Dilaporkan Sedang Menguji Fungsi ‘Stories’ Dinamakan Fleet
Twitter Dilaporkan Sedang Menguji Fungsi ‘Stories’ Dinamakan Fleet

Menurut Kayvon Beykpour, fleets merupakan alternatif berkongsikan kandungan terutamanya untuk pengguna yang ‘segan’ dan tidak selesa kerana kicauan boleh dilihat secara awam. Fitrah kicauan yang bersifat kekal serta mempunyai ukur aras ‘retweet’ dan ‘likes’ juga menimbulkan rasa kurang enak untuk sesetengah pengguna.

Untuk mencipta fleet, pengguna perlu menekan butang ‘+’ yang akan muncul pada bahagian atas halaman utama Twitter. Kandungan yang boleh dikongsi mempunyai had 280 karakter teks. Pengguna juga boleh berkongsi gambar, GIF, ataupun video.

I know what you’re thinking: “THIS SOUNDS A LOT LIKE STORIES!”. Yes, there are many similarities with the Stories format that will feel familiar to people. There are also a few intentional differences to make the experience more focused on sharing and seeing people’s thoughts. pic.twitter.com/OaGYZpChcN

— Kayvon Beykpour (@kayvz) March 4, 2020

Fleet tidak boleh di ‘like’ atau ‘retweet’. Namun, pengguna masih boleh memberi respon kepada fleet rakan-rakan seperti emoji atau teks DM.

Buat masa ini, fleet sedang diuji dalam kalangan pekerja Twitter selain di negara Brazil. Masih tiada lagi maklumat mengenai pengenalan fungsi ini secara rasmi untuk pengguna awam.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY