Twitter Berkata, Mereka Mungkin Telah Menggunakan Data Peribadi Penggunanya Untuk Pengiklanan Tanpa Kebenaran

Ia dipercayai kerana kesilapan teknikal.


Firma laman sosial Twitter memaklumkan bahawa data peribadi sebahagian daripada pengguna mereka mungkin telah menjadi sasaran pengiklanan tanpa kebenaran mereka susulan masalah yang berlaku pada penetapan rangkaian sosial itu baru-baru ini.

Twitter baru-baru ini telah mengesan masalah berkaitan pilihan penetapan, yang dinyatakan sebagai "mungkin tidak berfungsi sepertimana yang diharapkan."

"If you clicked or viewed an advertisement for a mobile application and subsequently interacted with the mobile application since May 2018, we may have shared certain data (e.g., country code, if you engaged with the ad and when, information about the ad, etc) with trusted measurement and advertising partners, even if you didn't give us permission to do so."

"As part of a process we use to try and serve more relevant advertising on Twitter and other services since September 2018, we may have shown you ads based on inferenceswe made about the devices you use, even if you did not give us permission to do so. The data involved stayed within Twitter and did not contain things like passwords, email accounts, etc."

Walaupun masalah itu telah dipulihkan pada 5 Ogos lalu, namun siasatan masih tetap dijalankan bagi mengetahui berapa ramai pengguna mereka yang mungkin terjejas dengan isu ini.

Sumber: Reuters