TV Sony Bravia Bersedia Untuk PS5, Skrin Resolusi Tinggi Sehingga 8K

Sony mengesahkan bahawa Bravia TV telah bersedia untuk bermain menggunakan console PS5. Pada siri kali ini, Sony menawarkan skrin dengan resolusi tinggi sehingga 8K dimana sesuai untuk PS5.



Seperti dimaklumkan Sony sebelum ini, PS5 akan dilancarkan tidak lama lagi. Oleh itu, pemilihan televisyen adalah penting dalam memainkan permainan konsol ini.

Jika anda masih mencari televisyen yang sesuai, Bravia TV telah bersedia untuk anda. Sony mengatakan bahawa siri Bravia kini dapat menawarkan pengalaman bermain permainan video yang mantap.



Antara siri Bravia TV yang dilabelkan sebagai "Ready for PlayStation 5" adalah model XH90 dan ZH8.



XH90 ditawarkan dengan skrin beresolusi 4K HDR Full Array manakala, ZH8 pula dilengkapi dengan skrin beresolusi yang lebih tinggi iaitu 8K HDR Full Array LED.

Pengumuman ini pasti akan membuatkan peminat tegar konsol PlayStation tidak sabar untuk menunggu pelancaran rasmi PS5 untuk mengunakannya bersama Bravia TV sejurus mewujudkan ekosistem Sony.

Sony Bravia TV boleh didapatkan dengan harga bermula RM 4,299 hingga RM 79,999.

Sumber : DigitalSpy