TV QLED 98 Inci Dari Samsung, Miliki Panggung Wayang Di Rumah Sendiri

Pada acara SEAO yang berlangsung di Singapura Mac yang lepas, Samsung hari ini memperkenalkan TV QLED 8K 98'' mereka ke pasaran tempatan.

TV Samsung QLED 8K diperkasakan bersama pemprosesan Quantum milik Samsung, iaitu sebuah TV bersama keupayaan AI, dengan teknologi pemprosesan gambar dan bunyi dalam membawakan pengalaman menonton yang dasyat.

Jadi apa yang dimaksudkan dengan keupayaan AI? Melalui tekonologi Quantum Processor 8K dari Samsung ini, ia mampu untuk meningkatkan kandungan video resolusi rendah kepada resolusi 8K.



Bermakna jika anda memainkan video beresolusi 1080p di TV ini, kualiti paparan yang dihasilkan masih lagi dapat dikekalkan walaupun ia dinaikkan ke saiz 8K.

Menghidangkan paparan beresolusi 7680 x 4320 piksel (8K), ia ditambah baik dengan teknologi Ultra Viewing. Melaluinya, sudut pandang tidak terngganggu dengan masalah silau dan sebagainya.



Kecerahan paparan cahaya juga boleh diubah secara automatik mengikut persekitaran melalui sensor cahaya yang dilengkapkan didalamnya.

Ia turut dilengkapi dengan ciri HDR10+, format pemprosesan premium untuk memberikan warna yang lebih pekat dan menyerlah.



Kepada yang berminat dengan TV gergasi, anda boleh merasai sendiri kenikmatan TV dari Samsung ini melalui Roadshow yang diadakan mulai 8 May sehingga 12 May ini.

Berikut merupakan harga barisan TV QLED 8K dari Samsung

 Sumber: Samsung Malaysia