TV OLED 8K LG Yang Terbaharu Sedia Sokong Kad Grafik Nvidia RTX 30

Beberapa hari yang lalu, Nvidia telah mengumumkan pelancaran GPU GeForce siri RTX 30 baru dengan sokongan 8K. Kini LG telah mengumumkan bahawa mereka mempunyai TV pertama yang mampu menyokong kad grafik tersebut.

TV yang menggunakan panel OLED ini merupakan di antara TV yang tercanggih dalam pasaran buat masa ini kerana ia mempunyai ciri-ciri yang menyerupai sebuah monitor gaming.

LG unveils its 8K OLED gaming TV with Nvidia G-SYNC compatibility

Dengan kehadiran pemproses Alpha 9 Gen 3 AI LG yang baru, port HDMI 48Gbps dan resolusi 8K membolehkan ia mendapat kemampuan sebenar kad grafik tersebut. Termasuk ciri 8K dengan kadar segar semula 60Hz.

Sebenarnya, sokongan Nvidia bukanlah perkara baru dalam TV LG. TV OLED 4K yang ada sekarang juga membawa teknologi Nvidia G-Sync, yang membolehkan ia menyampaikan permainan yang menggunakan siri RTX 20 dan siri GTX 16 tanpa sebarang masalah.

Tambahan lagi, TV LG OLED 8K ini juga menyokong Dolby Atmos dengan kecerdasan buatan dan deep learning yang akan membantu dan memperbaiki mutu audio.

Pemain pasti akan terpesona dengan prestasi di TV ini semasa bermain permainan PC 8K terbaru yang menampilkan ciri AI yang paling realistik dan ray-tracing yang dikuasakan oleh RTX 3090.